Friday, 6 July 2012

Ketika kesedihan bertandang di hati..



Assalamualaikum..

Tiada manusia yg sempurna, manusia itu lemah supaya manusia sentiasa bergantung harap kepada ALLAH SWT, sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA. Ketika berduka ketahuilah wahai manusia, ALLAH itu Maha Mendengar, Maha Berkuasa. Mengadulah kepadanya, pasti hatimu akan lebih tenang. Usah kau bersedih wahai hati, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak tahu..

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Jika engkau bersedih wahai manusia, berdoalah kerana sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.. Jagalah ibadahmu.. Jangan mendekatiNYA hanya ketika bersedih tetapi pabila bergembira, engkau melupaiNYA.

Maksudnya: "Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): 'Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka). Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (iaitu dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah 2:186)

Janji Allah itu pasti.. Segalanya telah ditentukan olehNYA, namun usaha itu perlu ada.. Jika soal jodoh menggusarkan hatimu, ingatlah sekali lagi, janji Allah itu pasti..

Tanda-tanda kalau dia JODOH kita itu ada dua:
✿~ 1. DIPERMUDAHKAN
✿~ 2. MENDEKATKAN kita kepada Allah..

Jika tidak ada dua-duanya, BERMAKNA dia BUKAN JODOH kita..makanya bila tanda itu tiba, BUKANLAH MATA..jangan terus DIBUTAKAN CINTA..

PERCAYALAH pada Allah..percaya SUNGGUH-SUNGGUH, jangan ragu-ragu..jangan berprasangka, YAKINLAH dengan sepenuh hati..ketentuanNYA pasti yang TERBAIK..semoga itu membuat kamu BERLAPANG DADA dengan ketentuanNYA..♥♥♥

Wanita dan airmata sukar dipisahkan.. Bukan simpati yang kami inginkan tetapi tangisan itu mampu menghilangkan sedikit kesedihan yang menghimpit perasaan kami..

Lelaki, usah kau meragui ketulusan dan kejujuran seorang wanita.. Jika wanita itu menyayangimu, dia tidak akan memandang lelaki lain. Jika benar kau menyayanginya, gerakkanlah anggotamu, mohonlah pada Allah agar memudahkan jodoh kamu. Sesungguhnya cinta yang halal itu mulia disisi Allah..

Wanita, usah kau damba pujuk rayu lelaki yang bisa menggoncang imanmu, usah kau impikan lelaki yang menggetarkan jiwamu, jauhkanlah dirimu selagi kau belum halal buatnya.

Wahai pembaca yang kusayangi, aku menulis mengikut gerak hati.. Andai kata aku tersilap kata, tersilap langkah, tegurlah aku, bimbinglah aku..

"Sesungguhnya Allah jika berkehendakkan kebaikan terhadap hamba Nya maka dijadikan dosa-dosa terbayang di ruang mata hambanya dan jika dikehendaki binasanya maka dilupakan akan dosanya. Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu."

No comments:

Post a Comment