Saturday, 30 June 2012

itu adalah ketentuanNya, maka aku redha

Salam sume.

Alhamdulillah hari ini kita masih dihidupkan di dunia fana. 

Penah seorang sahabat pesan,

Bersyukurlah kerana dihidupkan sehari lagi untuk melunaskan hutang - hutang dosa pada Dia

Totally agree dengan statement dia. Buat aku terpikir jauh. Banyak ye dosa yg aku buat. Yang sedar tu memang perasan la. Yang tak sedar? Wallahua'lam. Moga Allah ampunkan segala dosa - dosaku baik dalam keadaan sedar atau tidak. 

Sekarang dah nak masuk bulan Ramadhan. Macam - macam berlaku. Dan aku semakin matang menilai keadaan sekeliling. Alhamdulillah tahun ni dah masuk umur 24 tahun. Tahun ni dah kene planning untuk masa depan. Apa yang nak dicapai. Apa yang nak dihindarkan. Semua orang kene ada target hidup. Kalau tak, kita jadila macam  orang yang ditiup lalang. Ikut je arus. Jadila apa nak jadi pun. Dan kita mesti ingat setiap perancangan yang kita buat, ada Perancang yang LEBIH HEBAT, Allah SWT. Kita kene redha atas apa yang berlaku. Barulah kita mencapai salah satu rukun iman, percaya kepada qada' dan qadar.

Bercakap tentang redha, hari ni saja nak tulih tentang kisah hidup. Yelah. Masing - masing ada ujian yang Allah bagi kn? 


Ada seorang manusia ni. Dia yang Allah hantarkan ni baik sangat. Tak perlu tanya sapa dia. Kepercayaan aku tinggi untuknya.

Tapi masalahnya, setiap kali ibadah ku terganggu. Baik solat atau baca quran. Saat aku mahu berdating dengan Dia, pasti wajah dia akan muncul. Apela syaitan ni. Menyucuk - nyucuk aku. Sakit tau nak hilang. Syuhh. Pergi jauh perasaan. Kau mengganggu ibadahku. Baru nak cari khusyuk, ada je yang masuk jarum. Puas aku merintih seorang diri. Berusaha untuk membuang perasaan. Pergi ke masjid. Dekatkan diri dengan sahabat - sahabat. Usaha dan terus berusaha.

Dan akhirnya...

Takdir memberitahu sesuatu. Hoho. Aku dah kering air mata. Kelu. Gamam. Bisu. Mungkin itu yang terbaik boleh diklasifikasikan saat itu. Saat menulis ni pun, takde air mata dah nak turun coz dah redha dengan ketentuan Allah.

Terluka memang sakit. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu. Tambah - tambah aku sangat pantang orang tipu aku. Huhu. Tapi takpe. Tidak sedikit pun ku pinta untuk dibalas. Malah mensyukuri ujian yang datang menimpa. Alhamdulillah, dengan sekejap cuma hatiku cepat dirawat. Terus kembali mengabdikan diri kepadaNya. Menyelusuri setiap bait - bait kalamNya. Indah sekali ujian ini. Istighfar akan dosa - dosa yang telah dilakukan. Adalah lebih baik ditimpa lebih banyak ujian supaya aku tidak jauh denganNya. Bersyukur sangat. 

Dan apa yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan, disebabkan oleh perbuatan kamu dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa - dosa kamu. (Surah Asy-Syu'arak; ayat 30)

Kesalahan terjadi supaya kita dapat renungkan hikmahnya dan mohon kesabaran diberikan oleh Allah bagi menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. (Hadis direkodkan oleh al-Bazar)

Dan untuk si dia, aku ucapkan terima kasih kerana kau hadir sebagai wasilah yang Allah hantarkan kepadaku. Berbahagialah dengan kehidupan yang Allah telah beri. Dan aku pasti kebahagiaan jua akan ku miliki kelak. 

Kalau kita meletakkan redha Allah sebagai matlamat, insyaAllah segala kepayahan yang kita lalui itu akan dipermudahkan olehNya dan ada hikmahNya. Hikmah tu kita kene cari. Alhamdulillah. Aku sudah menemui hikmah atas apa yang berlaku. Hidayah itu milik Allah dan kita kene sentiasa mencari hidayahNya. Sebab Allah hanya bagi kat orang yang berusaha saja. Dan jangan sesekali bertangguh untuk bertaubat. Takut kita jadi senang dan redha dengan dosa yang kita buat.


Ok. Untuk bulan Ramadhan yang bakal tiba ni aku akan jadi orang yang baru. Lebih baik dari tahun - tahun sebelum ini. Doakan moga aku kuat dalam mujahadah dan istiqamah dalam amalan. Dhuha yok! Salah satu tanda untuk kita bersyukur (^_~)


Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang Maha Mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi ketahuilah. Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati yang begini selalunya lebih lunak, mudah untuk dekat & akrab padaNya.

Friday, 15 June 2012

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita

Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya.

Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

Seorang teman pernah berpesan..


“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…

Thursday, 14 June 2012

Cinta Vs Suka

 
 
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

 
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.


10 Sifat Calon Suami Yang Baik



Kadang-kadang kita tersilap. Kita menilai seorang lelaki yang baik berdasarkan kerjayanya. Hakikatnya lelaki yang baik itu sebenarnya terletak pada agamanya. Ramai yang mengetahui perkara ini tetapi beranggapan lelaki beragama itu mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Sebenarnya perkara ini juga tidak benar.  Ramai dikalangan ahli agama yang sering memukul isteri, bersifat kasar, tidak pandai melayan isteri dan sebagainya.  Jadi ini juga bukanlah ciri-ciri seorang lelaki yang baik sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Di bawah disenaraikan 10 sikap lelaki yang baik.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Semoga 10 sikap ini dapat diamalkan oleh kita semua wahai lelaki yang mencari redha Allah. Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cubalah anda perhatikan 10 sifat yang dinyatakan di atas pada setiap lelaki yang anda kenal. Jika ada sikap-sikap ini pada mereka. Cubalah untuk menjadi buat hati mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mahu ada kesemua sikap di atas, jika terdapat 5-6 sikap itu juga sudah memadai. Manusia boleh berubah. InsyaAllah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.

Wassalam…


Artikel 10 Sifat Calon Suami Yang Baik ini banyak disebarkan dalam internet. Saya cuma mengambil dan memasukkannya di sini. Kerana tidak tahu sumber asal artikel ini, saya tidak nyatakan dari mana ia diperolehi. Jika tuan asal artikel ini membaca artikel ini di sini dan mahukan saya memberikan kredit, sila maklumkan kepada saya, ya. Terima kasih.

Wednesday, 13 June 2012

Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyehatkan Jantung Wanita

Di sini saya ingin kongsikan satu artikel menarik yang dipetik dari page Facebook Tok Wan.


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.



Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Sila share dengan sesiapa yang kalian suka…

Salam Ukhuwah..~

Monday, 11 June 2012

Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?

Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.

Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.



Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.

Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.

Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika  kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.

Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!

Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.

Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.

Sunday, 10 June 2012

Berkahwin Dengan Orang Yang Dicintai Atau Mencintai Orang Yang Dikahwini?

Suatu hari seorang teman bertanya kepada saya:

“Lady, ada 2 pilihan untukmu.

1. Menikah dengan orang yang kau cintai

2. Mencintai orang yang kau nikahi

Mana yang kau pilih?”

Saat itu spontan saya memilih yang kedua: Mencintai orang yang saya nikahi (menikahi saya).

“Kenapa?”
Hhm… iya ya, kenapa?

Sebab jodoh adalah hal yang pasti, meski masih menjadi misteri bagi orang-orang yang belum menemukannya. Sedangkan mencintai adalah hal yang berbeza. Mencintai seseorang saat belum ada hak atasnya, bagaikan menggenggam bara. Jika Allah berkenan menjadikannya pendamping seumur hidup, maka bara itu akan menjelma menjadi energi untuk meciptakan kebersamaan yang indah. Tetapi, jika Allah tidak berkenan mempersatukan, bara itu akan membakar, dan akan menghanguskan diri sendiri.

Lebih dari itu, pilihan kedua rasanya lebih aman dari berbagai penyakit hati, yang akan mengotori niat suci menikah karana Allah.

Itu jawapan saya saat itu. Tetapi, beberapa jenak setelah itu, saya termenung, cuba berfikir lebih dalam dan menyelami jauh ke dalam lubuk hati. Lalu, saya pun meneruskan pertanyaan itu kepada orang lain.

 Usahlah menikahi orang yang kita tidak sukai meskipun ia kerana Allah. Alasannya dalam Islam sendiri menggariskan beberapa ciri wanita atau lelaki yang tidak layak dijadikan pasangan hidup. Selain itu kita diberi hak untuk memilih, bukan dipaksa untuk menikahi sesiapa sahaja yang dihantar kepada kita.

Untuk pilihan kedua iaitu mencintai insan yang dinikahi. Perkara itu sudah pasti perlu dilakukan. Bagaimanapun cinta itu datangnya dari hati, bukannya boleh dibuat-buat. Namun setelah menjadi suami atau isteri, amanahlah di atas tanggungjawab yang telah ditetapkan illahi. Cinta bukan sekadar rasa, tetapi ia hadir bersama amanah.


Wallahualam…

Friday, 8 June 2012

Apa Yang Seorang Muslimah Solehah Itu Tidak Lakukan?



Kain Yang Nipis

Muslimah tidak menggunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg tidak layak dipakai oleh muslimah..

Rantai Kaki

Muslimah tidak menggunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

Minyak Wangi

Muslimah tidak menggunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

Kata-kata

Muslimah tidak menggunakan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

Apabila Berbicara

Muslimah tidak menggunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

Pemakaian

Muslimah tidak menggunakan tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
Muslimah tidak menggunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

Bahasa Percakapan

Muslimah tidak menggunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

Make-up

Muslimah tidak menggunakan make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.


Thursday, 7 June 2012

♥ Temukan Aku Dalam Istikharahmu



 Temukan aku dalam istikharahmu, dan ‘kan kucari engkau dalam istikharahku. Namun bila kita tidak saling bertemu, percayalah bahwa apa-apa yang tertulis untukku adalah apa-apa yang terbaik untukmu, dan apa-apa yang tertulis untukmu adalah apa-apa yang terbaik untukku. Ingatkah engkau dengan janji Allah,

“…Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”( QS an-Nuur: 26 )
Jodohku
Sabar dan tenanglah
Aku di sini masih bersabar menantimu

Hatimu tak sedang terluka kan?
Tersenyumlah
Karena aku yakin kebahagiaan akan slalu menyertai kita
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, basuhlah wajahmu dengan air
Dan mendekatlah kepada-Nya,
Tapi di sini aku berharap kau baik-baik saja
Waktu terasa lama buatku,
Tapi aku yakin takkan lama lagi kau akan hadir menyapaku
Mengajakku untuk melakukan solat fardhu
Sering pula kau akan menanyakan
Sudah solatkah kau?

Jodohku

Aku rindu
Kapan kita bertemu?
Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu
Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat-nasihatmu
Hati ini kosong dan tak sabar menanti kehadiranmu
Semoga engkau kan membalut & menyembuhkan luka di hatiku

Wahai Jodohku

Temukan aku dalam Sujud istikharahmu ♥♥
* Menanti mu di Baiti Jannati *

♥ Uhibbukum fillah ♥

 

Wednesday, 6 June 2012

Kenapa Sarung Cincin di Jari Manis?



Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.



1. Ibu Jari

Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.


2. Jari Telunjuk

Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.


3. Jari Kelingking

Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.


4. Jari Manis

Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!


Thumb represents parents.
Index finger represents siblings.
Center finger represents own self.
Fourth finger represents your partner.
Last finger represents your children.
– Chinese’s philosophy

Tuesday, 5 June 2012

Aku Damba Seorang Pencinta Setia



Saat aku mulai mencintai seseorang

aku ditinggalkannya

Saat aku sangat mengharapkannya

dia menghilang

Ketika aku mulai merasakan bahagia

aku dicampakkan

Ketika aku sangat memerlukannya

dia memilih yang lain

Aku bertanya pada Tuhan : “Yaaa.. Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak mampu aku miliki????”

Tuhan menjawab : “…Kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya”

Aku kembali bertanya : “….Tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Tuhan : “…Kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu”

Tuhan :

” Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar”

“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, disaat kamu selalu mencari yang terbaik”

“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego”

“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu”

Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa


tempat untuk ku curahkan segala rasa


perasaan yang tersimpan seribu satu makna

dikala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yang satu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah…
TIDAK KU PINTA YANG MENAWAN
TIDAK KU HARAP YANG HARTAWAN
BUKAN JUA KERNA KEDUDUKAN
CUMA KU DAMBA INSAN YANG SEPADAN

Kasihnya sejati bukan keterpaksaan
biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan…




” …Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju Syurga “

Monday, 4 June 2012



Cerpen 'Tuhan Beri Aku Cinta' mungkin telah membuatkan ramai yang salah faham. Mungkin juga ada yang tidak bersetuju dengan mesej yang cuba disampaikan. Malah mungkin juga ramai yang agak 'confuse'. Saya tujukan cerpen itu buat seluruh teman teman.

Mesej penting yang ingin disampaikan:

1) Support sahabat-sahabat muslimat yang mendapat ujian sebegitu. Kadang-kadang tanpa kita sedar kita kurang meraikan sahabat-sahabat ini, malah mungkin ada yang mempertikaikan usaha yang telah dilakukan. kita hanya mampu berusaha, tapi ketentuan milik Allah jua. Tindakan kitalah sebenarnya penyebab muslimat tersebut semakin jauh.

2) Cerpen ini tidak mengabaikan konsep usaha. Usaha dulu. Jangan jadikan cerpen ni alasan untuk mengabaikan prinsip dan perjuangan.

3) Cerpen ini ditujukan khas buat seluruh muslimat. Tabah hati walau diuji dengan apa macam ujian sekalipun. Jangan jadikan alasan tidak berkahwin dengan ahli gerakan untuk jauh daripada perjuangan. Ingat, niat utama untuk 'settle' kerana PERJUANGAN bukan? Jadi kenapa nak abaikan prinsip kita -PERJUANGAN- jika tidak mendapat apa yang dicitakan?

4) Jangan memandang diri kita dan 'kelompok kita' terlalu ekslusif, yang tanpa kita sedar kita memandang rendah kepada orang lain. Hidayah milik Allah. Siapa tahu suatu masa orang yang kita anggap 'lekeh' mampu menjadi penggerak lebih hebat daripada kita yang mendapat tarbiah sejak di kampus. Kita tidak dapat menolak, kadang-kadang mungkin Allah salurkan hidayah melalui jalan perkahwinan. Who knows?

5) Mungkin selama ini kita lebih banyak menjadi penghukum. Banyak melabel orang sebagai itu dan ini. Hebat sangatkah kita? Mungkin selepas ini kita kena tukar pendekatan untuk lebih bersifat 'empathy'. Cuba meletakkan diri kita pada tempat mereka, dan 'support' mereka sedaya mungkin.

6) Dalam banyak-banyak limau yang kita beli, mungkin kebanyakannya manis, tapi pasti ada yang masam sedikit. Kita tak boleh nak harap semua limau yang kita beli manis, sebab mungkin ada limau yang semasa ditanam, pokoknya kurang air, kurang baja. Yang pasti semua limau-limau ni sama ada masam atau manis ada 'value' yang tersendiri. Asalkan matlamatnya sampai, memberi khasiat vitamin kepada manusia. Kecuali limau buruk.....

7) Baitul Muslim adalah jalan dan usaha untuk sampai kepada matlamat membina khilafah Islamiyyah. Mungkin tidak semua berjaya mengikut jalan yang ideal. Ada yang mungkin mendapat ujian dari segi pembinaan Baitul Muslim yang ideal. Jalan yang ideal, mungkin memudahkan gerak kerja. Jalan yang berliku, mungkin perlukan lebih banyak usaha dan sokongan. Walau apa pun yang terjadi, kita perlu nekad untuk sampai kepada matlamat asal. Jangan sesekali abaikan prinsip akidah perjuangan.

Pssst: Khas buat sahabat2 yang telah,sedang dan mungkin diuji, semoga TABAH HATI TAK BERBELAH BAHAGI!!

Sunday, 3 June 2012

Nota :


Cerpen ini bukan saya tulis.

Saya cuma tulis nota ini.
Diulang..saya cuma tulis nota ini.
Pesan saya. Ambil yang baik.

Aku masih beridiri di bibir sungai nil.mengalir lembut,tenang dan indah.perahu-perahu kecil berlayar diatasnya.temaram lampu sepanjang jalan memberikan warna berbeda pada setiap tepian sungai. Indah. Sangat indah.perpaduan gemerlap malam dengan sungai terpanjang didunia ini.mengiaskan pada makna cinta yang terbalut pada satu kejadian. Nil dan gemerlap malam. Saat yang indah.

Entah sudah berapa lama aku terpatung disini.menyaksikan indahnya malam minggu ini. Hati bahagia,semua serasa ku miliki. Aku merasa dunia adalah miliku. Semua yang kubutuhkan telah ada disisiku.ya dengan cinta itulah aku merasa hidup.

Puluhan gadis Cleopatra berlalu-lalang dihadapanku.seolah menawarkan pesona. Namun bagiku,aku punya yang lebih dari Cleopatra itu.

“ lausamaht,,,, enta aiz dza…” Amira menyodorkan Es krim pedle pop ke arahku. Aku tersenyum dan menyambarnya.ia berbalik badan sewot.seperti manja memancing reaksiku.untuk kesekian kali aku hanya bisa tersenyum melihat tingkahnya.

Ya. Dia adalah Amira Raquel.bisa dibilang gadis yang mempunyai hubungan dekat denganku. Kami adalah mahasiswa satu kampus di british university of Egypt. Kami mengambil jurusan yang sama. Englis education.entah bagaimana kronologi aku bisa sedekat ini denganya.yang pasti kamu awalnya hanya sebatas sahabat yang saling berbagi hingga akhirnya kami memiliki ikatan emosional. Seperti saling memiliki.
Tak kalah seperti gadis mesir lainya. Dia adalah salah satu Cleopatra dari ribuan Cleopatra yang ada di negri ini. Aku-pun bersyukur bisa mengenalnya.dan aku ada rencana ingin sekali menikahinya,dan mendekatinya dahulu dengan bisa berjalan dan bermain bersama.namun lagi-lagi kami harus terbentur pertauran negri ini. Yang melarang akan berjalan selain muhrimnya.bukan peraturan Negara. Melainkan aib yang menjadi budaya.tidak banyak hal yang aku tahu dari dia. Hanya sebatas dia anak orang kaya dan berdedikasi tinggi.berjilbab,dan dimataku ia sholihah dan sempurna. Hubungan yang baru berjalan lima bulan ini begitu aku nikmati. Aku rasanya tak bisa jauh-jauh dari dirinya. Rasa khawatir selalu tumbuh begitu saja saat tiada kabar beberapa saat. ya aku sangat mencintainya. Dan tak ingin aku melukai perasaanya walau secuil.

“ Kapan mau melamarku..???!.”. Ia angkat bicara . aku bergetar hebat saat kata itu tiba-tiba mengalir dari bibirnya.mengalir dan terlempar kencang hingga membentur hatiku.aku belum bisa membalasnya.hanya diam.belum percaya. Harusnya aku yang memulai pembicaraan seperti itu. Bukan dia.

“Kenapa diam…?? Sampai kapan mau terus begini baby.. tanpa satatus..!!.” ia kembali tersipu malu setelah mengucapkan kalimat itu. Sedangkan aku bertambah kelu. Aku belum percaya akan memiliki serta menikahi gadis mesir ini. Apa nggak salah apa yang ia ucapkan barusan?? Apa aku mimpi??.” Aku mencoba meyakinkan diri dengan mencubit pipiku sendiri. Uh….ternyata aku tidak sedang bermimpi. Ini sungguhan..” aku menggumam setengah belum percaya.

“Kamu serius.. sudah siap dengan semua ini??” aku bersikap dewasa. Padahal hatiku masih ketar-ketir.ia mangangguk lirih.setengah malu. Lagi-lagi senyum manisnya dilemparkan kearahku.membuatku tak ingin berpaling kearah manapun.

“Minggu depan aku akan datang kepada orangtuamu,untuk menjelaskan semuanya.Saya mau kamu pikirkan hal ini dengan matang..”

“Tidak… aku sudah memikikanya jauh-jauh hari,bagiku kamu adalah pria yang bertanggung jawab dan baik. Aku sudah lama menginginkanmu Ikhwan…”. Satu detik setelah kata itu meluncur serasa aku berada diudara.terbang melayang-layang diatas langit cairo.terbuai oleh sanjungan yang semu.terbang dan tak ingin rasanya aku cepat-cepat turun.

“Baiklah.. aku akan segera menemui orangtuamu senin depan..”. aku menarik nafas berat. Amira kemali menawarkan senyumnya.

Seminggu kemudian

Aku sudah dan sofyan,teman yang aku ajak sebagai saksi lamaranku sudah berdiri di depan Masjid Utsman bin Affan. Ku menunggu kedatangan Amira untuk menjemputku. Aku belum tahu dimana ia tinggal. Karna merupakan aib besar bagi budaya mesir bermain di rumah yang bukan mahrom. Apalagi berlawanan jenis. Haram ‘alaik…!!” begitu kata orang mesir.

Beberapa menit kemudian ia sudah muncul dengan pakaian hijau yang membalut tubuhnya.sangat cantik. Bagiku berpenampilan sederhana saja ia sudah sempurna. Apalagi dengan berdandan. Excellent. Ia mengajaku berjalan beberapa ratus meter kebelakan masjid. Hingga menemui build 103 , kamipun menaiki tangga hingga tingkat empat.

“ TOK…TOK..TOK..!!” Amira mengeoik pintu. WUSH.. tiba-tiba hawa dingin mengalir keseluruh aliran darahku.membuat semuanya beku. Otak,suasana hinga bibir ini. Saat aku menatap Ayah dan Ibu amira sudah menunggu kedatangan kami.persiapan dan jamuan untuk menerima kami sudah sangat siap. Tanpa cacat bagiku. Dingin kini benar-benar menguasi seusana. Membuatku lupa dan down dengan sesuatu yang akan aku hadapi. Ya allah… kuatkan hamba..”. aku berdoa dalm batin.

Amira memohon diri untuk kekamarnya bebarapa saat. Aku hanya tersenyum getir. Masih bingung.dengan clotehan bahasa arab Ayah dan Ibu Amira mulai berbasa-basi sedikit dengan aku dan sofyan. Aku berusaha sebisa mungkin membalikan keadaan sebelum acara inti itu akan dimulai.

Tiba-tiba. Amira datang dari arah kamarnya dengan penampilan yang berbeda. Sangat cantik.rambut yang tersisir dengan rapi,gaun hijau yang anggun serta tata rias yang semakin membuat penampilanya semampai. Senyum yang mereka begitu indah. Gigi-gigi yang berjajar rapih seperti mutiara yang di timpah sinar purnama. Aku belum bisa mengalihkan pemandangan itu. Inilah bidadari yang turun dari syurga. Inilah Aisya istri rosulullah yang cantik. Inilah bunga syurga yang Allah ciptakan untuku,Inilah puisi yang indah untuk hidupku., Inilah………..!!.”. ARGH…!! Tiba-tiba saja sofyan mencubit pahaku. Aku merintih dan menatap tajam kearahnya. Aku belum tahu maksudnya ia mencubitku. Kemudian aku mengikuti arah pandangya yang menuju Amira.

“ASTAGFURULLLAH….!!”. aku menggumam hebat. Baru aku sadari ternyata sosok Amira dihadapanku tak lagi mengenakan jilbab.Dia benar-benar telah melepasnya dan berganti pakaian ketat. Aku tak menyadarinya dari awal.terlalu terlena dengan kecantikanya , sehinga membutakan semuanya.Badai tiba-tiba saja muncul dan menghantam kearahku. membuatku merasa sakit. Dan badai itu serasa semakin kencang dan besar dan aku berharap segera saja menghancurkanku dan menyeret keluar dari ruanagn ini. Ditambah petir yang serasa tiba-tiba saja menyambar dan memekikan telingaku. Membuat aku shok setelah aku menatap gambar tato salib berukuran kecil pada lenganya yang terbuka. Aku kecewa. Ternyata ia adalah seorang kristiani.

Aku benar-benar tak menyangka dan diluar dugaan. Jilbab yang ia kenakan selama ini hanya sebatas budaya yang berlaku.aku berfikir dia adalah seorang muslimah yang sholihah. Tanpa kusadari ia adalah orang yang berbeda akidah denganku. Aku semakin sakit rasanya jikalau mataku kembali menatapnya yang sedang terduduk disamping kedua orangtuanya. lebih sakit lagi setelah mendengar peryataan kalo ayahnya adalah Pastor Kristen Koptik di Gereja Santo.sungguh siang ini menjadi petaka besar bagi sejarah hidupku. Tanpa pikir panjang, aku dan Sofyan segera meninggalkan rumah itu dengan sedikit tindakan tidak sopan. Aku membatalkan semuanya….

Dengan buru-buru aku dan sofyan menuruni tangga dan meninggalkan rumah yang menjadi tanduk dukaku.langkahku semakin cepat. Secepat aliran darah yang mengalir deras setelah jantung beberapa kali memompa dengan cepat . Dari kejauhan aku melihat Amira menangis sedih melihat aku membatalkan pertunangan. Airmatnya bajir seketika saat aku melangkahkan kaki menjauhi rumahnya. Ada rasa tak rela yang mengantung berat dihatinya. Matanya menyimpan sejuta kekecewaan,namun wajahnya masih menyimpan binar rasa cinta untuku. Air mata yang tiada henti keluar mengisyaratkan masih ada cinta yang belum rela layu dan mati begitu saja. Airmata itu akan menjadi saksi kalau ia mencintaiku.Pengorbanan dan masa-masa indah kami berdua ternyata harus berakhir dengan keputusan yang pahit. Ikhwan…!! Jangan tinggalkan aku..!!” ia beteriak dari kejauhan memohon. Aku diam. Maafkan aku Amira………

########################################

Waktu terus mengalir. Detik mengejar menit. Menit mengejar jam. Dan seterusnya. Membentuk suatu kisah lembaran hidup baru pada sebuah episode kehidupan. Selalu menuangkan kisah-kisah yang berbeda pada setiap peristiwa.

Tak terasa sudah dua tahun aku hidup tanpa cinta. Bukan aku tak mau mencari lagi. Banyak yang mengharap padaku. Tapi entah kenapa. Bayang-bayang Amira selalu bertandang keras di otaku. Setiap kali aku ingin mengusirnya ia bertambah semakin dekat. Kenangan bersamanya tak akan bisa aku lupa. Terlalu indah untuk dilupakan.Meski kami berbeda keyakinan. Namun itu sebatas memori. Tak akan ku korbankan agama demi sebuah cinta pada seorang Cleopatra. Muslim hanya dengan muslim. Non-muslim dengan non-muslim. Begitu firman allah.

Selama waktu dua tahun itu juga. Aku berhenti bersahabat dan bergaul denganya. Karna dengan melihatnya , hanya akan menambah luka baru. Sering ia mengirim surat dan pesan singkat. Namun bagiku itu semua tak akan berguna dan menggoyahkan ke istiqomahan-ku sebagi muslim.Sejak saat itu juga aku sudah jarang melihat pesonanya. Dan aku berganti nomor handphone.Aku selalu berdoa , semoga allah akan memberikan yang lebih baik. Mengganti yang labih baik. Hatiku sudah tertutup rapat untuk perempuan yang bernama” AMIRA RAQUEL”. Selamanya.

Entah sudah berapa lama aku hidup dengan kesepian ini. Aku merasa tak betah dengan segalanya. Aku ingin segera mengakhiri masa mudaku yang sudah menginjak usia dua puluh enam tahun. Hingga terbetik dihatiku ingin menikah kembali. Lupakan Amira,dan muali hidup baru..”. Begitu gumamku.

Siang hari-nya. Aku meniatkan ingin berkunjung ke masjid Al-Azhar. Aku ingin berkonsultasi dengan para syaikh tentang maslah jodohku. Supaya aku tak terjerumus pada maslah yang sama. Aku ingin mereka yang memberikan masukan untuk hidupku kedepannya.

“ Asslamu’alaikum,,”. Aku menjabat tangan syaikh Ahmad Shibbiy. Ia menerimaku dengan ramah. Layaknya gaya hidup para ulama yang zuhud dan berpendidikan. Ia benar-benar menerimaku layaknya tamu allah yang mulia. Menjamu dan ber- mujamalah dengan baik.

“ Ya Syaikh…! Aku ingin segera mengakhiri masa yang penuh fitnah ini dengan jalan yang halal , yaitu dengan pernikahan..!!” adakah masukan untuku..”. aku bertanya datar dengan sopan. Syaikh ahmad tersenyum ringan. Memandangi wajahku dengan ramah. Kemudian manepuk-nepuk bahuku beberapa kali.

” Apa yang kau cari di perniakahan nanti wahai anaku??.”

“ Hanya Ridha Allah ya Syaikh…”

“ Apakah kamu sudah memaantapkan hati,jiwa dan segalnya untuk bisa menjaga dan menafkahi nantinya??”

“ Insyaallah… selama itu Al-Haq, dan itu kewajiban saya,saya akn siap melakukanya sebagai suami”.

Syaikh Ahmad kembali terdiam. Namun wajah teduhnya masih jelas terpancar. Hingga beberapa saat ia masih terlihat berfikir.

“ kamu siap menjual diri dan semuanya untuk agama Allah??. Ia bertanya. Aku masih bingung. Namun tak ada pilihan kecuali aku menjawabnya.

“ Tak ada pilihan ya Syaikh… allah itu tujuan tertinggi setiap manusia yang beriman”.

“ apakah kau mau kutunjukan sembuah kebaikan??”. Ia bertanya. Aku masih bingung juga. Ia membuka dompetnya dan mengeluarkan selembar kertas foto dari dompet. Kemudian ia menyerahkan kepadaku.

“ Nikahilah dia..!!”. aku terjembrarb kaget saat menerima foto itu. Hatiku kembali dingin dan telik.

Bagaimana aku mau menikahi sedangkan dalam foto itu adalah wanita menggunakan cadar dan tertutup wajahnya. Bagaimana aku bisa berta’aruf.

“ Ia adalah Zahra Khoirul Mar’ah.. cucuku..!!. ia menjelaskan.aku masih tertegun dan gemetaran. Aku masih ragu dengan semuanya. Apakah aku akan menikahi seseorang wanita yang belum aku kenal dan belum pernah aku melihatnya. Bagaimana kalau dia tak sesuai dengan seleraku. Bagaimana kalu dia adalah gadis yang akan menjadi bencana bagi rumah tangga. Uh….!!.”. aku menhela nafas panjang. Aku baru teringat akan niatku untuk menikah. Bukan untuk mencari selera. Tapi ibadah. Aku yakin Syaikh Ahmad telah memilihkan hal yang terbaik untuku. Tak pantas dan alangkah hinanya bila aku manolak tawaran yang suci itu. Akhirnya aku menerimanya dengan siap menerima apa adanya. Dan minggu depan aku akan menikah.

1 minggu kemudian

Aku sudah didepan penghulu. Syaikh Ahmad menjadi wali hakim Zahra. Wanita yang akan menjadi istriku. Aku segera menyodorkan mas kawin kehadapanya. Sedangkan Zahra tak berada disampingku melainkan berada dikamarnya. Kehadiran perempuan calon istri pada saat akad bukanlah hal yang wajib dan diharuskan. Melainkan ke afdholan. Yang utama adalah wali hakim yang menerimanya.Beberapa saat kemudian acara dumulai.

“ saya terima nikahnya Zahra binti Huseen Al-Abid dengan mahar uang sebesar tiga ribu pound dan seperangkat alat shalat,dibayar tunai..!!”.

Saat itulah beribu malaikat melejit dari arsy mengaminkan doa-doa. Menebar bunga-bunga rahmat bagi rumah tangga yang baru saja siap untuk berlayar. Terus berterbangan rendah mengepakan sayap memberi keteduhan pada suasana yang penuh dengan keteduhan batin. Udara semakin hangat. Sehangat suasana yang baru saja terjadi. Langit ikut cerah,meramaikan keindahan yang telah dijanjikan.

Akad pernikahan selesai

Aku berjalan lambat mendekati kamar sang istriku. Selambat keraguan yang terus bertandang.entah mengapa hatiku kembali bedesir kencang saat aku akan menemui sang istriku yang tengah menunggu dikamar. Bertambah ragu…

Kubuka kordeng kamar. Perlahan kulihat Zahra,istriku tengah menungguku di kursi ruangan kamar. Cadar yang menutupi wajahnya terus menempel. Menambah segunung penasaran.

“ Zahra……!”. Aku memanggil lirih. Ia tersipu malu nampaknya. Ia tak menoleh sediktpun. Melainkan terus menundukan pandangan. Aku semakin ingin tahu dibalik wajah yang tersebunyi itu.

“ Zahra istriku…!” aku kembali memanggilnya. Namun ia tak menoleh. Tetap tersipu malu. Aku semakin merasa berani untuk mendekatinya. Perlahan aku mendekatinya dan kuelus ubun-ubunya. Kubacakan doa-doa yang diajarkan rosulullah.ia tetap tenang dan lugu. Aku-pun semakin ingin segera menyentuhnya setelah ia halal menjadi bagian dari hidupku.

Denga perlahan juga ia mula beridri mentatapku. Pelan tapi pasti. Kemudian perlahan pula ia mulai membuka cadarnya.

“ Zahra.. tunggu..!! “ aku menyela. Ia diam. Itu adalah tugas suamimu yang membukanya. Barkan aku yang melakukanya…” . ia mengangguk patuh. Perlahan aku mulai mencium aroma wangi dari tubuhnya. Sewangi syurga allah. Aku mulai menyentuh bagian cadarnya. Dan melepaskan jarum yang merekatkanya. Semakin bergetar

Sedetik- Duadetik- Tigadetik

“ ALLAHU AKBAR-ALLAHU AKBAR!!!. Tiba-tiba saja kalimat takbir mengalir begitu saja. Pelangi membentang indah dengan seribu warna yang anggun. Penghuni langit bertahmid bersorak gembira menyaksikan dua hamba yang tengah berdua’an. Airmata tak mampu terbedung mengalir dengan sendirinya saat aku mendapati sosok wajah yang kubuka itu itu adalah Amira.Amira Raquel. Subhanallah…..!!’. kubentangkan sujud syukur saat itu juga tanda syukurku pada sang kholik, yang maha adil, yang yang menguasai cinta dan yang mengetahui rahasia dibalik peristiwa dan hikmah.. wanita dihadapanku-pun menangis haru. Kupeluk dirinya hingga beberapa saat untuk melampiaskan kerinduan yang telah lama terpendam.

“ Kau Amira kan..??!!” aku bertanya setengah belum percaya. Terus menangis.

“ Amira telah lama hilang terkubur masa lalu, dan Zahra Khoirul Mar’ah kini telah mengantikan Amira Raquel yang lama. Setelah aku mendapatkan hidayah untuk kembali kepada fitrah manusia iaitu Islam.. Inilah namaku yang baru… aku adalah seorang muslim sekarang….!!”. Ia menangis haru. Kupeluk erat-erat istriku itu. Kebahagiaan itu kini kembali lagi. setelah sekian alama aku selalu berdoa” tuhan berikan aku cinta”.Setelah lama doa-doaku terus mengiringi semangat ikhtiarku yang tiada henti. Takdir telah membukakan segalanya. Hikmah telah menjawab segalanya. Semesta bertasbih menyempurnakan segalanya.

Saturday, 2 June 2012

Paku Marah



Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah sang anak, ayahnya memberikan sekantong paku dan mengatakan kepada anak itu untuk memakukan sebatang paku di pagar setiap kali dia marah.

Hari pertama anak itu telah memakukan banyak paku ke pagar setiap kali dia marah. Lalu semakin lama jumlah paku itu semakin berkurang. Dia mendapati bahawa ternyata lebih mudah menahan amarahnya daripada memakukan paku ke pagar.

Akhirnya, tibalah hari dimana anak tersebut merasa boleh sama sekali mengendalikan amarahnya dan tidak cepat kehilangan kesabarannya. Lalu ia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, yang kemudian mengusulkan agar dia mencabut satu paku untuk setiap hari dimana dia tidak marah.

Hari-hari berlalu dan anak laki-laki itu akhirnya memberitahu ayahnya bahawa semua paku telah tercabut olehnya. Lalu sang ayah menuntun anaknya ke pagar dan berkata:

“Hmm, kamu telah berhasil dengan baik anakku, tapi lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tidak akan sama lagi seperti sebelumnya. Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu meninggalkan bekas seperti lubang ini di hati orang lain.”

Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu tetap ada dan luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka fizikal….bahkan lebih parah

Friday, 1 June 2012

Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh.

Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.


Bagaimana cara-cara untuk melupakannya? – Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah – Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.
.
.
Elakkan Diri Daripada Bersendirian – Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda, Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai.

Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai – Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai.


Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan – Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda.
Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.

Perundingan Terhormat – Salah satu cara lain ialah menerusi perundingan. Namun perundingan ini perlu mempunyai objektif tertentu supaya kita tidak berasa sakit hati. Kita harus memiliki keazaman yang kuat untuk melupakan dia sebelum perundingan dan selepas perundingan dibuat. Perundingan ini mungkin mengubah rasa untuk bercinta kepada perhubungan biasa atau kawan. Dalam keadaan ini, perasaan saling menghormati akan turut membantu menawarkan perasaan kecewa atau sakit hati kita terhadap seseorang.
Bagaimana pula dalam kes cinta bertepuk sebelah tangan. Atau kita ingin berkawan atau mendekati seseorang tetapi ditolak bulat-bulat oleh orang tersebut tanpa perundingan. Setiap kali kita mahu mendekatinya, maka setiap kali itu juga dia cuba mengelakkan diri atau menjauhi diri daripada kita. Ya, ini juga soalan terbaru yang saya terima. Kepada anda yang bertanya, maka saya cadangkan anda mengikut langkah terawal yang saya sebutkan tadi. Perundingan mungkin sukar dilakukan, maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain menghormati kehendak si dia dan meneruskan kehidupan baru anda.

Mulakan Kehidupan Baru, Lupakan Titik Kepiluan Lalu – Bagaimana sekiranya anda rasa ada sesuatu yang perlu anda beritahu kepada dia. Salah faham tertentu, fitnah dan sebagainya? Kadangkala tidak semua keadaan memihak kepada kita. Cara terbaik ialah memulakan kehidupan baru tanpa si dia. Sebarang penganiayaan yang berlaku ke atas diri kita biarlah ditetapkan dengan kasih sayang dan keadilan Tuhan. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah di dunia ini.
Apa pun teruskan kehidupan baru. Tanam azam dan matlamat. Carilah tujuan asal kehidupan kita. Apabila kita menemui tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi, maka bukan sahaja perasaan sakit hati atau kecewa terhadap orang yang ingin kita lupai akan hilang, malah masalah-masalah berkaitan perasaan yang lain juga mungkin akan sembuh secara semula jadi.
.
.
Wujudkan Matlamat Akhirat – Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita.
Cinta, perasaan dan hubungan sesama manusia mungkin topik yang menarik untuk dibicarakan sehingga dijadikan ilham untuk menulis lirik lagu, novel dan skrip drama kerana ia merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Namun, apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.

Menjadi Kekasih Allah – Ini adalah satu langkah yang terbaik untuk mengubati jiwa sebagai seorang hamba. Menerusi langkah ini, kita belajar dan cuba mengenali sifat-sifat Allah. Kita mendekati diri kita kepada Allah. Menghayati kekuasaan dan nikmat yang telah diberikan kepada diri kita. Jangan bersedih, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita pasrah dan menyerah diri kepada Allah.
Dalam catatan sejarah berkaitan dengan para sahabat, wali dan sufi, terdapat kisah beberapa wali atau kekasih Allah yang sangat-sangat mencintai Allah sehingga tidak ada kasih sayang manusia berupa cinta atau kemewahan atau apa-apa sahaja nikmat dunia yang mampu menandingi perasaan cintanya kepada Allah. Mereka yang mempunyai perasaan cinta sejati kepada Allah ini, hatinya sentiasa tenang dan bahagia.
Jika mereka bersedih, maka mereka bersedih kerana dosa mereka terhadap Allah, dan jika mereka menangis, juga kerana Allah, tidur kerana Allah, makan kerana Allah, berbicara kerana Allah, mandi kerana Allah, berjalan kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah. Manusia seperti ini mengabaikan kemewahan dan kegemilangan dunia demi mencari keredhaan Allah