Wednesday, 11 July 2012

Hari Baru Bersama Kenangan Silam

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi...

Hari ini 11 Julai 2012 aku bergelar seorang pelajar...Hari pertama mendaftar sebagai seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Jurusan Sastera.

Biarpun hanya Pengajian Jarak Jauh (PJJ) itu sudah cukup membanggakn....Akhirnya aku berada di landasan yang betul untuk mengejar cita-cita yg telah tertunda selama 9 tahun. Rasa terharu dan sedih sangat hari ini,..9 tahun lalu aku telah melupakan cita-cita dan impian untuk bergelar seorang mahasiswa dalam bidang sastera. Kerana tragedi 9 tahun lalu aku hilang semangat untuk berjuang, segalanya jadi hambar. Kehilangan insan yang dikasihi merubah segalanya, tiada lagi sahabat yg berjuang bersamaku....jalan perjuanganku seakan akan lenyap ditelan kesedihan hati.

Saat sidia pergi menghadap Sang Pencipta, aku ditinggalkan sepi sendiri, tiada lagi gurauan nakal, kata2 semangat dan gelak tawanya menghiasi hariku. Sungguh aku amat merinduinya. Masih ku ingat lagi selepas pemergiannya aku tak mampu lagi menulis puisi-puisi puitis, semuanya terpendam di dasar hati, hanya air mata menemani hari-hariku sehinggakan suatu ketika mama dan abah menghantar aku ke sekolah berasrama penuh nun jauh di hulu Perak. Daripada seseorang yg meminati sastera aku terpaksa mengambil jurusan kejuruteraan. Di sekolah baru aku bagaikan bangkai bernyawa, bagiku segalanya suram tidak bermaya..aku amat merinduinya..dan aku hidup bersama kenangan silam.

Bertahun aku cuba melupakan, saban malam aku menangis, adakalanya tidur malamku diganggu mimpi ngeri lewat malam, dan apabila terjaga aku menangis sendirian. Entah mengapa aku sering bermimpi saat2 sebelum dia pergi,...Kemalangan yg meragut nyawanya biarpun aku tidak melihat tapi aku dapat merasakan kesakitan, keperitan dan perasaanya ketika itu. Setiap kali melihat kemalangan didepan mata mahupun di kaca tv aku sering ketakutan dan malamnya aku pasti bermimpi tentang dia. 2 tahun bersamanya terlalu banyak kenangan. Pemergiannya tanpa diduga menghentikan putaran duniaku. Aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah tiada.

Tiada lagi ucapan " selamat pagi sayang " dan "good bye budak katik" daripada sidia.....sungguh aku merindui kata2 itu.

Selama 9 tahun aku membina semula keyakinan diri, mencari semula diri sendiri yang telah hilang entah kemana....jiwaku seakan turut bersemadi bersamanya.

Dia bukan orang yang aku cintai, tetapi pemergiannya membuatkan seluruh hidupku terhenti...aku pernah menolak cintanya dengan alasan kami masih belajar dan tidak mahu persahabatan yang terbina sekian lama musnah...

Hari terakhir bertemu dengannya, dia masih tersenyum riang, dia terlalu gembira, banyak bercakap dan semakin galak menyakatku...Lambaian terakhir  di pintu pagar sekolah tidak mampu kulupakan, setiap kali melalui kawasan sekolah aku seakan akan dapat melihat dia disitu....

"aku kan selalu menyayangi engkau " itulah ucapan terakhir dari bibirnya...itulah jua ayat terakhir yg dilontarkan dari peti suaranya untukku....

Walaupun 9 tahun telah berlalu, aku masih mengenangnya, masih merinduinya seperti dulu


Hari ini aku melangkah ke dunia baru,... bukan berniat untuk melupakannya tetapi untuk merealisasikan impian dia utk melihat aku bergelar seorang mahasiswi dlm bidang sastera. Dia akan abadi dalam hatiku,....meskipun suatu hari nanti aku akan bergelar isteri atau ibu aku kan tetap mengingatinya sebagai sahabat terbaek yg pernah aku miliki.......

Saat ini aku pateri namamu Mohd Izuan B. Rosli di dasar hatiku.. aku pasti akan berjaya..dan kejayaanku adalah milikmu jua

No comments:

Post a Comment